DISIPLIN KENDIRI ADALAH CERMIN KEIMANAN


Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Ketahuilah bahawa disiplin itu berhubungkait dengan keimanan seseorang. Orang yang hidup dengan mengamalkan disiplin yang baik adalah manusia yang menjaga  keimanan.

Disiplin kendiri bermaksud disiplin kendalian diri sendiri , iaitu disiplin yang dikawal dan diamalkan oleh diri sendiri, tanpa tekanan dan pengaruh orang lain. Contohnya, seseorang yang mengamalkan disiplin kendiri tidak membuang sampah di merata-rata tempat meskipun tiada orang lain melihatnya. Orang lain tidak melihat tetapi dia tahu bahawa Allah Maha melihat.

Jelas bahawa orang yang mengamalkan disiplin atau peraturan hidup yang baik mempunyai akhlak yang terpuji. Dia tidak akan menyusahkan orang lain dan dirinya sendiri. Dia tahu baik dan buruk sesuatu perbuatan. Allah suka akan kebaikan dan murka akan perlakuan buruk. Dengan itu, atas landasan keimanan, anak-anak perlu amalkan disiplin kendiri. Kebaikannya akan mengalir pada diri sendiri keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s