BUkan Duniaku: Tema Dan Persoalan

TEMA DAN PERSOALAN “BUKAN DUNIAKU”

Tema :–

Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh cabaran kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket haram. Halim  tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

 

Persoalan-persoalan:-

1.                Remaja yang kurang matang mudah merajuk apabila berlaku sesuatu yang mengguris hatinya. Apabila ibu bapa Halim terlupa menyambut hari jadinya, Halim merajuk lalu melarikan diri ke kota.

2.                Manusia yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengambil kesempatan terhadap seseorang. Abang Joe, ketua sindikat dadah, memeras tenaga para remaja untuk mengaut hasil daripada mereka.

3.                Semangat setiakawan yang tinggi. Saleh dan Halim saling bersimpati dan bantu-membantu antara satu sama lain.

4.                Peranan pihak berkuasa dalam membasmi jenayah. Anggota polis yang diketuai oleh Fariz menyiasat dan akhirnya dapat memberkas penjenayah yang diketuai oleh Abang Joe.

5.                Kesempitan ekonomi menimbulkan pelbagai masalah. Keluarga Saleh miskin menyebabkan Saleh terpaksa berhenti sekolah dan mencari pekerjaan di kota.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s