Ambang 2013

Kita jumpa kemblai

JOM KE BLOG BARU

Mulai Selasa 5 APRIL 2011, cikgu berpindah ke blog baru yang lebih segar dan menarik iaitu,

tuisyenmaya.blogspot.com.

 

Ya, blogspot.….. bukan lagi wordpress.

 

Sila ke sana segera sebelum ditinggalkan kereta api….ha..ha..haa

Aktiflah buka blog itu.

Apabila chat, sila tulis nama penuh atau nama ringkas yang mudah cikgu kenali….jooooommmmmmmmm

Pelajar Lama

Fakrurazi, Zulkhairi, Nurtihani boleh datang bila-bila masa.

BANTULAH MANGSA TSUNAMI JEPUN

Sama-samalah menyumbangkan derma untuk mangsa tsunami Jepun. Di samping itu, lihat betapa hebatnya kekuasaan Allah yang boleh menghancur kemajuan manusia dalam sekelip mata.

Pengurusan Masa Adalah Rahsia Kejayaan.


“Maaf, saya sudah lambat ……………………………………”

“Jika saya masih ada masa sedikit lagi………………………”
“Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja..”

Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas?

Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?

Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan. Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa sebenarnya akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia.

Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya? Albert E.N. Gray dalam eseinya “The Common Denominator of Success” menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting.

Katanya:

“Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan.”

Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah, mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan maksimum.

PRINSIP 20/80
Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan “seruan” di atas. Prinsip ini telah diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini juga dikenali sebagai Prinsip Pareto.

Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita  mempunyai 10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.

Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi – amat berkesan, cemerlang dan gemilang! Insya-Allah.

KUMP ADILA

Tuisyen, AHAD 27 FEB 2011

Lama cikgu tak jumpa Adila. Sibuk bersukan ni. Dulu ada juga ganti kelas.

Oklah. Hanya 7 orang pelajar hadir. Dua orang pelajar Alfalah sudah berhenti kerana tiap-tiap hari balik pukul 5.00 perang.

Jadi ada 2 kekosongan tempat. Kalau ada kawan-kawan mahu belajar , sila maklumkan.

Hari ini kita belajar INDICES dan buat test topik Statistics. Rabu nanti kita belajar BM. Harap dapat datang semua.

Tuisyen Kumpulan Ooi Zi Ying

Pada, hari Isnin, 21.2.2011 terdapat 7 orang pelajar hadir.  Selepas acara sukan di sekolah, beberapa orang pelajar terus datang tuisyen.

Pelajaran hari ini ialah Latihan Novel. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari nilai-nilai murni mengikut bab.

Latihan Kerja Rumah untuk pelajar yang tidak hadir:-

Senaraikan nilai-nilai murni dengan contoh-contohnya daripada Bab 8 hingga 10. Jawab dalam bentuk karangan biasa. Hantar pada hari Khamis nanti.